Wednesday, 15 February 2012

Gaduh dalam facebook seperti budak basi.

Assalamualaikum. Siapa gaduh dalam facebook angkat tangan. Disini aku hendak membuat pengakuan, orang yang bergaduh dalam facebook itu sungguhlah menjengkelkan -.- Sebab? Kalau gaduh dalam facebook tak ada apa pun yang boleh diselesaikan lah wey. Tolonglah dengar apa aku nak cakapkan ini.

Kau gaduh dalam muka buku, kau tag nama budak itu lah budak ini lah. Tapi? Kau ingat rakan-rakan muka buku kau suka ke macam tu? Lagi ramai kutuk kau ada lah. Padahal budak yang kau tag itu sama sekolah dengan kau. Kau jumpa sahaja lah dia tu. Kenapa perlu nak update status semua bagai lah kan. Kau ingat bagus ke macam tu? Nak bagi tahu orang ramai yang kau bergaduh? Bajet lelaki lettuw kan.

Kalau aku sebut nama kau, kau cari aku lepastu nak gaduh nak open semua kan. Hish kau, aku azan dekat telinga kau karang tahu lah kan. Gaduh ni dapat apa wey? Aku rasa dapat benda yang tak elok je. Daripada kau terus bergaduh, aku minta korang berbaik lah cepat. Jangan lah jadi dungu sangat. Kau dah tingkatan 2 lah wey. Gaduh dengan budak tingkatan 1.

Lagi satu, budak tingkatan 1 tu memang gedik macam kau kan. Maksudnya kau ni sama taraf je dengan budak tingkatan 1 tu. Err apa aku borak ni. Ha, kenapa kau tergila gila kan lelaki tu? Biarlah geng menggelegak tu rapat dengan lelaki tu ke atau apa apa je lah. Lelaki tu bukan milik kau. Biarlah dia nak buat apa yang dia mampu k :]

K aku rasa sampai sini je. Sebab lagi 2jam je aku nak pergi sekolah. Hiwhiw :3 pergi sekolah untuk menimba ilmu yew kawan kawan. Saya budak baik dan baru 2 hari tidak menghadirkan diri diatas sebab accident :/ kalau tak dah berapa hari dah? Hm entah. Cuba untuk penuh pada bulan dua ini :3

Dan tengok video bawah ni :3 rindu masa 6tahun. Selalu tengok cerita ni. Hmm :/

http://www.youtube.com/watch?v=v1Q5afiQ-z8&feature=related